Categories: Berita Lain

ZETI: “SAYA TIDAK AKAN BERKATA APA-APA TANPA PEGUAM SAYA”

Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sedang mendapatkan khidmat peguam selepas beliau diadukan kepada polis oleh Pemuda Umno siang tadi.
Ditanya wartawan berhubung laporan polis dibuat pemimpin pemuda itu, Zeti bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.
“Saya tidak akan berkata apa-apa tanpa peguam saya,” katanya di Kuala Lumpur malam ini.
Siang tadi Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dengan mendakwa Zeti terlibat dalam satu konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak serta kerajaan.
Turut dinamakan dalam laporan berkenaan ialah dua individu berprofil tinggi, iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam laporannya yang turut diperolehi Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Gani dipetik Bernama malam ini menyifatkan dakwaan beliau terlibat dalam konspirasi berkenaan hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.
“Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas,” katanya.
Zeti ditemui di majlis makan malam perpisahan untuk Abu Kassim yang bersara secara rasmi daripada agensi pencegahan rasuah itu mulai 1 Ogos ini.
Pada 23 Jun lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengatakan Abu Kassim memohon supaya perkhidmatannya bersama SPRM tidak diteruskan.
Ali berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima permohonan berkenaan selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Abu Kassim, 55, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010.Sementara itu ditanya wartawan, Abu Kassim pula memberitahu beliau akan membuat kenyataan mengenai laporan polis berkenaan kemudian.
“Saya tak mahu komen malam ini. Saya akan buat kenyataan esok,” katanya. – Source/Foto: Mkini

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

21 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

22 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago