Connect with us

Berita Lain

TAN SRI MUHYIDDIN AKAN DAFTAR PARTI BARU DENGAN ROS

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), sekaligus mengakhiri spekulasi mengenai langkah seterusnya selepas dipecat dari Umno.
Dalam tulisan di Facebook, Muhyiddin berkata satu mesyuarat telah diadakan di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.
“Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan parti baru ini kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dalam masa terdekat.
“Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya.
Muhyiddin turut berkongsi beberapa keping gambar di mesyuarat itu yang dihadiri oleh Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah, bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman dan pemimpin kumpulan pelajar, Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – Source: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel