Connect with us

Berita Lain

PARTI BAHARU: SASARAN TARIK AHLI UMNO, PENGUNDI ATAS PAGAR, GEN Y

Parti baharu yang diasaskan Tun Dr Mahathir dan akan
diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kelak dijangka akan lebih menyasarkan
keahliannya kepada menarik ahli Umno, pengundi atas pagar dan generasi Y
sebagai ahli parti itu.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan berkata, parti baharu itu kelak akan menyasarkan
untuk  menarik lebih kurang 6juta orang
dikalangan, generasi muda, pertubuhan, 
dikalangan  tiada berparti,
pengundi atas pagar dan ahli Umno.
“Kita akan tumpu kepada ahli Umno  dan pengundi atas pagar yang tidak
puashati  dengan pemimpin atau parti.
“Kita juga beri tumpuan kepada Gen Y (Generasi
Y)  kerana penubuhan parti baharu ini
mendapat sambutan yang hangat dikalangan mereka.

“Kita jangka 
akan berhadapan dengan 6juta orang anak muda yang kebanyakannya daripada
pertubuhan belia dan persatuan pelajar yang kini sudah tunjukkan minat mereka
untuk masuk parti baharu ini,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan, Ahli Majlis Tertinggi
Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi kenapa parti baharu tajaan Mahathir menjadi
lewat didaftarkan.
Puad dipetik berkata,bekas perdana menteri itu bimbang
tidak ada pemimpin sasarannya akan bersama-sama beliau dalam parti baharu;
bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih gemar
bersama PKR daripada menyertai parti baharu itu dan bekas Naib Presiden Umno,
Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula dikatakan enggan menyertai parti baharu
kerana tidak ada jaminan ia mempunyai ramai ahli lagi.
Dalam teori yang didakwa Puad itu, Khairuddin pula
mendedahkan beliau berani untuk berkata, pergerakan kumpulan 4M itu (Mahathir,
Muhyiddin,Mukhriz,Mohd Safie), sudahpun menubuhkan sekretariat tidak rasmi
sejak penubuhan parti baharu itu diumumkan pada 14 Julai lalu.
“Kita sudah lama bekerja ke arah matlamat menubuhkan
parti baharu.
“Sebenarnya pendaftaran ahli secara tidak rasmi
sudah bermula sejak seminggu lalu diseluruh negara kerana ramai telefon kami
minta borang nak daftar nama sertai parti baharu.
“Namun saya terpaksa keluarkan arahan pada Rabu
lalu, untuk berhenti mengumpul nama-nama pra pendaftaran menjadi ahli sehingga
parti baharu itu didaftarkan terlebih dahulu.
“Ini bagi tujuan mengelakkan data peribadi mereka
disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Semua pihak kena bersabar, hal ini sedang ditangani
oleh Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan 
Datuk Seri Mukhriz.
“Kita lambat bukan tiada dapat ahli seperti kata
Puad Zakarshi.
“Kita kena buat perlembagaan, moto, logo, bendera
parti terlebih dahulu sebelum nak daftar ke pendaftar pertubuhan.
“Kena kenalpasti juga siapa yang sesuai nak duduk
dalam protem komiti terlebih dahulu. Kita tidak mahu cerita panjang lebar
kerana kita tidak mahu orang baca gerak geri kita,” ujarnya.
Dilaporkan juga Muhyiddin akan menyerahkan borang
permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mendaftarkan sebuah parti
baru dalam masa terdekat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan difacebooknya,
Muhyidin dipetik berkata, mesyuarat penubuhan parti baharu yang diadakan di
kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad malam Rabu lalu.
Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Sekretariat
Deklarasi Rakyat menegaskan, beliau yakin jika Deklarasi Rakyat berjaya
mengumpulkan 1.2juta tandatangan dalam masa lima bulan, jumlah itu juga boleh
diperolehi dalam jangka waktu yang sama untuk mendapatkan ahli parti baharu itu
kelak.
” Saya nak kata pada Puad Zakarshi dan pemimpin Umno
lainnya zip mulut mereka dan duduk diam-diam.
“Kalau lima bulan kita dapat kumpul 1.2 juta
tandatangan dalam Deklarasi Rakyat, dalam masa singkat kita akan dapat 1 juta
ahli daripada 6 juta itu untuk membuktikan bahawa sambutan hangat pada parti
baharu ini,” tegas.
Parti
baharu tidak terima bekas ahli parti lain
Menurut Khairudin lagi parti baharu itu kelak tidak akan
mengambil atau membuka permohonan kepada ahli daripada parti pembangkang.
“Kita ada 
persefahaman bersama, kita tidak akan ambil ahli parti rakan (parti
pembangkang PKR DAP dan Amanah).
“Pada pendapat peribadi saya untuk ambil ahli Umno,
atas pagar dan golongan yang diluar daripada parti pembangkang adalah yang
terbaik.
“Kita tidak boleh ambil ahli daripada parti PKR,
walaupun Tan Sri Muhyiddin di lihat berada di pentas PKR, kita kena ada
semangat setia kawan dalam gabungan ini,” terangnya.
Ditanya tentang 20 orang daripada satu cawangan Umno di
Melaka keluar parti dan melompat sertai parti Amanah, Khairuddin yang juga
hadir di majlis tersebut, menganggap ia sebagai hak peribadi ahli Umno untuk
memilih mana-mana parti.
“Sebagai sebuah negara demokrasi, itu hak mereka.
Mereka tak sabar dan mahukan platform politik, biarkanlah apa salahnya, Amanah
akan jadi rakan kita juga.
“Apa yang kita nak takut (hilang tarik sokongan ahli
Umno) kerana kita ada lebih banyak lagi orang lain yang nak jadi ahli parti
baharu.
“Sebab itu saya datang apabila Amanah jemput saya,
kalau DAP dan PKR jemput pun saya datang kerana mereka kawan kita dan banyak
bantu kita dalam deklarasi rakyat,” ujarnya.
Pada Sabtu lalu, seramai 20 ahli Umno cawangan Sungai
Petai, Alor Gajah, Melaka menyerahkan borang permohonan untuk menyertai parti
Amanah di negeri itu.

Ahli jawatankuasanya Zainal Bujang yang mengetuai
kumpulan tersebut menyerahkan borang sertai Amanah kepada presiden Amanah
Mohamad Sabu dalam majlis jamuan hari raya Amanah Melaka di Dataran Amanah Alor
Gajah. – Source/Foto: Malaysiadateline

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel