Connect with us

Berita Lain

ANAK BEKAS MB KELUAR UMNO DEMI PARTI TUN M

Ketua Umno Bendang Baru Akhramsyah Sanusi keluar parti bagi menunjukkan sokongan terhadap komitmen Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baru.

Akhramsyah ialah anak bekas menteri besar Kedah dan bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid.

Perkembangan itu berlaku selepas New Straits Times (NST) memetiknya sebagai berkata beliau tiada rancangan meninggalkan Umno walaupun terlibat dalam usaha Mahathir.

“Akhramsyah bagaimanapun berkata ulasannya telah disalah tafsir.

“Saya pada masa yang sama sebut saya akan dianggap hipokrit jika kekal dalam Umno ketika sudah terlibat dalam parti baru, dan saya masih menunggu nasihat berkaitan tindakan untuk diambil susulan penyerahan dokumen permohonan untuk menubuhkan parti baru, kepada Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata memberikan komitmen penuh untuk membentuk parti baru dan “tanpa ragu, menyerahkan peletakan jawaan saya kepada cawangan Bendang Baru dan bahagian Langkawi berkuat kuasa serta merta”.

Akhramsyah antara jawatankuasa penaja dalam parti yang sedang dibentuk Mahathir.

Parti itu menyasarkan keanggotaan anggota-anggota Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyerahkan borang kepada ROS esok.

Mahathir dikatakan akan menjadi pengerusinya manakala Muhyiddin pula presiden parti.

Advertisement

Edisi atas talian NST sebelum ini memetik Akramsyah sebagai berkata beliau tiada rancangan segera untuk keluar Umno.

Beliau juga dilaporkan berkata penting baginya mempunyai platform untuk aktiviti politiknya sebelum parti baru dibentuk.

Ketika laporan ini ditulis, laporan itu telah tiada lagi daripada laman web itu walaupun pautannya masih terdapat di Facebook NST. – Source/Foto: Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel