Connect with us

Berita Lain

JANGAN ‘SYOK SENDIRI’ KEMENANGAN BN


BANDAR KUALA KANGSAR – Ahli Umno dan BN diingatkan supaya
tidak terbuai dengan kemenangan dicapai dalam PRK Kerusi Parlimen Sungai Besar
dan Kuala Kangsar pada Jun lepas.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
berkata, ahli dinasihatkan supaya tidak menganggap kemenangan itu akan
berterusan sehingga PRU14 nanti.
Menurutnya, landskap politik dalam PRK dan PRU banyak
berbeza dan kemenangan kali ini tidak menjamin kemenangan dalam PRU yang akan
berlangsung tidak lama lagi.
Tambah beliau, usaha menempa kejayaan sukar namun
mempertahankannya lebih sukar dan beliau meminta semua ahli untuk terus bersatu
bagi memastikan kemenangan BN.
“Kerusi Kuala Kangsar ini kita punya. Saya mahu ahli
kekalkan momentum kerana PRU tidak lama lagi, maksima dalam dua tahun dan
mungki dalam setahun lebih sahaja lagi.
“Lazimnya kita berdaya tahan bila ujian datang namun
kita sering tenggelam bila ALLAH beri kita nikmat. Jangan terbuai dengan
kejayaan ini.
“Saya yakin dengan pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd
Kadir, kita akan menempa kejayaan dalam PRU kerana beliau bekerja dengan
ikhlasa, tiada banyak masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis
Kesyukuran dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Umno/Barisan Nasional Negeri Perak
2016 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan jentera BN di
Kuala Kangsar supaya memperkemaskan barisan mereka kerana bantuan diterima
dalam PRU tidak sehebat ketika mereka menghadapi PRK.
Tegasnya, mereka harus bekerja sendiri dalam PRU dan
beliau berharap tiada lagi ahli merajuk sehingga mampu menggugat keharmonian
parti.
“Saya fikir zaman merajuk itu perlulah ditamatkan.
Merajuk kerana sayang tetapi saya rasa cukuplah. Marilah kita rapatkan semula
barisan.
“Apabila kita terlajak menang, kita sedang hadapi
ujian iaitu nikmat yang ALLAH beri kepada kita,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut menzahirkan keyakinan
terhadap Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan Adun Manong, Mohamad Kamil
Shafie.
“Saya akan tengok prestasi YB Kamil dan YB Maslin,
saya akan tentukan KPI nya. Sebagai anak Perak, jangan malukan negeri ini.

“Tetapi saya ada keyakinan terhadap kedua-dua tokoh
muda ini dengan syarat ada dokongan untuk mereka dari peringkat akar
umbi,” tegasnya. – Source/Foto: Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel