Connect with us

Berita Lain

KLCC, PUTRAJAYA SIMBOL KETEKUNAN RAKYAT MALAYSIA – POROSHENKO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri
Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) meraikan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko
(tiga dari kanan) dan isteri Maryna Poroshenko (dua dari kanan) pada majlis
makan malam sempena lawatan rasmi Presiden Ukraine itu ke Malaysia di Seri
Perdana hari ini. – Foto BERNAMA 

PUTRAJAYA: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko,
yang sedang melakukan lawatan ke negara ini, menyuarakan kekagumannya terhadap
Malaysia serta menyifatkan Menara Kembar Petronas (KLCC) dan Putrajaya sebagai
simbol kemajuan pesat dan ketekunan rakyat Malaysia. 

Berucap pada sidang akhbar
bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perdana Putra di sini hari
ini, Poroshenko berkata beliau amat kagum dengan kadar pertumbuhan tinggi
negara ini dan sentiasa menganggap Malaysia sebagai rakan paling penting
Ukraine di rantau Asia Pasifik. 

“Kepada sahabat budiman, tanpa mengira
jarak geografi, negara kita berkongsi sejarah selama 25 tahun dari segi
hubungan dua hala yang memberi banyak hasil dan manfaat serta kerjasama yang
cukup erat. “Saya benar-benar yakin bahawa satu lembaran baharu akan
tercipta dalam bentuk kerjasama yang sangat istimewa antara Ukraine dan
Malaysia,” katanya. 

Ketika melakukan kunjungan ke negara ini, Poroshenko
yang diiringi isteri, Maryna, melawat beberapa lokasi ikonik, termasuk Menara
Kembar Petronas. Poroshenko juga mengucapkan terima kasih kepada Malaysia
kerana mempamerkan layanan mesra kepada beliau dan delegasinya serta mengambil
kesempatan untuk menjemput Najib melawat Ukraine pada bila-bila masa. 

“Kami mempunyai satu senarai agenda untuk anda (Najib),” kata beliau.
– BERNAMA/BHONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel