Connect with us

Berita Lain

PARTI MELAYU KERANA TIDAK MAHU BERSAING – KHAIRUDDIN

PETALING JAYA: Parti baharu yang diterajui bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berasaskan Melayu kerana mahu mengelak bersaing keahlian dengan parti pembangkang berbilang bangsa lain, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
“Parti baharu ini tidak wajar bersaing untuk merebut keahlian dengan rakan-rakan pembangkang yang lain.
“PKR, DAP dan Amanah adalah parti berbilang bangsa, jadi konsep parti baharu ini yang hendak tumpukan pada bangsa Melayu dan bumiputera adalah tindakan yang amat wajar sekali,” kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu, sambil menambah ia merupakan pendapat peribadi beliau.
Khairuddin memberitahu FMT, fokus Melayu itu juga dapat menarik ahli Umno yang lebih mengenali corak kepimimpinan Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya setuju ianya mestilah dijadikan Malay base parti agar mudah untuk parti baru menarik lebih ramai ahli-ahli Umno akar umbi khususnya yang berasa selesa untuk bernaung di bawah parti baru ini,” kata Khairuddin, yang turut bersama dalam perjumpaan semalam di kediaman Dr Mahathir bagi membincangkan penubuhan jawatankuasa penaja.
Mesyuarat itu melantik Muhyiddin sebagai presiden, bersama enam lagi bekas pemimpin Umno lain termasuk Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Kamarulzaman Habbibur Rahman sebagai setiausaha. Empat lain ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Akramshah Sanusi, aktivis pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin. – Source/Foto: FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel