Connect with us

Berita Lain

TUMBANG NAJIB SAJA ATAU UMNO SEKALIGUS, THE ECONOMIST TANYA DR M

Bekas teraju utama Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berdiri teguh di belakang pembangkang dalam perjuangan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, majalah ekonomi berpengaruh The Economistmenerusi sebuah artikel mempersoalkan sama ada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan memberi komitmen sepenuhnya untuk menjatuhkan Umno.

“Salah satu kebimbangan besar di kalangan pembangkang ialah sejauh mana Mahathir sanggup menongkah arus. Tiada siapa yang meragui betapa beliau begitu tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Apa yang tidak begitu pasti ialah sama ada, jika diberi pilihan, sama ada beliau dan partinya akan berhenti di tahap menumbangkan Umno sekaligus,” jelas majalah terkemuka itu.
Atikel tersebut dengan tajuk “Mahathir Mohamad. Can a leopard change its spots?” mengingatkan banyak kumpulan serpihan Umno pada masa lalu akhirnya menyertai semula parti itu.
Bagaimanapun, ia memetik Mahathir yang pernah berkata bahawa beliau tidak nampak ‘ada jalan untuk BERSATU mempertimbang untuk membiarkan Umno dalam kerajaan, walaupun di bawah pemimpin baru ‘.
The Economist turut menyatakan walaupun Mahathir mempunyai ramai peminat terutama di kalangan golongan muda yang tidak kenal pemerintahan 22 tahun beliau selaku Perdana Menteri, untuk menang banyak kerusi akan menjadi sukar kepada BERSATU. – Source: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel