Connect with us

Berita Lain

KHALID SAMAD: RAMAI MELAYU TINGGALKAN UMNO KERANA PENGARUH TUN MAHATHIR

Tun Mahathir dan Anwar dapat memperbaiki hubungan antara mereka dan memberikan kekutaan kepada pembangkang yang membuat Najib tidak dapat tidur malam.- Foto FMT
KUALA LUMPUR – Hubungan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin baik bakal membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak dapat tidur malam.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mendakwa, ia juga bakal menambahkan sokongan rakyat terhadap pembangkang.
“Kita harapkan suasana baru ini di mana Tun M dan Anwar dapat memperbaiki hubungan antara mereka dan memberikan lonjakan baru kepada pembangkang serta membuatkan Najib tidak dapat tidur malam,” katanya ketika sidang media yang berlangsung di Wisma Amanah hari ini.
Dalam pada itu, Khalid berkata, rakyat negara ini tidak menafikan ketokohan yang ada pada dua individu terbabit serta potensi gandingan ini sememangnya menjanjikan satu gabungan pembangkang yang berkesan.
Khalid berkata, Amanah menyambut baik perkembangan ini malah menerusi Program Deklarasi Rakyat yang pertama sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa penglibatan Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah perkara yang dinanti-nantikan oleh setiap pihak.
“Saya sendiri pernah memaklumkan kepada Tun Mahathir agar bekas Perdana Menteri itu memikirkan langkah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” katanya lapor Sinar Harian.
Tun Mahathir sebelum ini membuat kejutan apabila hadir ke mahkamah semalam bagi memberikan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa bekas timbalannya itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan tanpa perkenan Raja-Raja Melayu.
Dalam pada itu, menjawab kepada soalan wartawan, Khalid memaklumkan bahawa sekiranya Amanah dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) mewujudkan kerjasama dalam PRU akan datang, ia tidak akan memberikan kesan kepada mereka berhubung pembahagian kerusi selepas ini. – malaysianreview

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel