Connect with us

Berita Lain

PENDAFTARAN BERSATU DILULUSKAN

Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menjad parti politik sah di negara ini.
Bernama melaporkan keputusan penerimaan secara prinsip itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Akronim bagi parti itu pula ditetapkan sebagai PPBM dan bukan BERSATU.
Kata Ahmad Zahid kelulusan rasmi diberikan selepas parti berkenaan membuat penjelasan kepada ROS mengenai peranan dan fungsi presiden serta pengerusinya.
Parti berkenaan ditubuhkan selepas beberapa tokoh pemimpin Umno dan ahli parti itu tidak sependapat dengan Datuk Seri Najib Razak menangani pelbagai isu semasa dalam negara, termasuk 1MDB.
Permohonan pendaftaran parti itu diserahkan sendiri presiden penajanya Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada ROS pada 9 Ogos lalu.
Walaupun sesetengah pihak menjangkakan parti itu tidak memberi kesan besar kepada Umno ahli politik veteran pula berpendapat sebaliknya.
Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah adalah antaranya.
Pada 24 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan beliau mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak mengambil mudah serta memperlekehkan BERSATU.
Katanya, semua pihak, khususnya Umno perlu memandang serius penubuhan parti baru itu kerana ia dianggotai mereka yang berpengaruh serta pernah berada dalam Umno.
Antara tokoh yang disebut ahli parlimen Gua Musang itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pengerusi parti berkenaan. – Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel