Connect with us

Berita Lain

TUN M AHLI SEUMUR HIDUP PERTAMA BERSATU

Selepas diluluskan minggu lepas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mula mengedarkan borang keanggotaan mereka bermula hari ini.

Di Kuala Lumpur, parti serpihan Umno itu menjadikan pejabat presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara sebagai pusat pendaftaran.

Menurut Facebook BERSATU, Mahathir hari ini menjadi anggota terawal mendaftar sebagai anggota seumur hidup dan membayar yuran RM100.
Gambar Muhyiddin mengisi borang pendaftaran turut dimuat naik ke laman sosial mereka, selain gambar orang ramai yang mengerumuni tempat itu.
BERSATU juga mendapat anggota bukan bumiputera pertama mereka hari ini.
Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 September dilapor sudah meluluskan permohonan BERSATU.
Bagaimanapun singkatan nama parti itu ditetapkan sebagai PPBM dan bukan BERSATU kerana nama itu telah banyak dipakai.

Parti ITU ditubuhkan selepas beberapa tokoh pemimpin Umno dan anggota parti itu tidak sependapat dengan Datuk Seri Najib Razak menangani pelbagai isu semasa dalam negara, termasuk 1MDB. – Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel