Saturday, November 08, 2025

DR MAHATHIR AJAK PANDANG KE TIMUR SAYA TAMBAH LAGI CHINA – NAJIB

by
November 14, 2016
1 min read
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63 di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini. – Foto AFP | The Economist
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi kejayaan lawatannya ke China baru-baru ini sambil menyifatkan ia merupakan penghormatan tertinggi kepada kerajaan.
“Baru-baru ini kita dapat mencapai pencapaian luar biasa dalam lawatan ke China ini. Hasilnya ialah pemeteraian 14 perjanjian berhubung beberapa projek ikonik dan mega bernilai RM144 bilion antara syarikat Malaysia dan China.
“Bila kita berjaya mendapatkan pelaburan, pembangkang pula cuba menyangkalnya, kononnya kita ini jual kedaulatan negara pula.
“Apa beza pelaburan dari China, dengan Jepun atau dari Amerika Syarikat. Kalau Dr Mahathir ajak kita pandang ke timur, pandang ke Jepun dan Korea, saya pun pandang ke timur. Cuma tambah satu lagi negara iaitu China sebab ia akan jadi ekonomi terbesar di dunia,” katanya.
Najib turut berkata sebagai perdana menteri beliau sentiasa mengingatkan dirinya untuk menjadi perdana menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, beliau memerlukan sokongan daripada rakyat berbilang kaum termasuk masyarakat Cina.
Najib turut melahirkan ucapan tahniah kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan seluruh kepimpinan MCA kerana mampu merapatkan barisan dalam parti itu yang sebelum ini mempunyai kelompok tertentu. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian