Categories: Berita Lain

“SAYA MALU ADA PM YANG DIKECAM TAK MEMBELA DIRI MELALUI SISTEM KEHAKIMAN”

LEBIH 200 ANGGOTA UMNO HARI INI MENYERAHKAN BORANG KEAHLIAN UNTUK MENYERTAI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU).
Kebanyakan mereka yang merupakan anggota cawangan Umno Sri Muda menyerahkan sebanyak 212 borang keahlian.
Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Abu Bakar Yahya yang menerima borang keahlian tersebut berharap akan dapat mencapai matlamat parti itu mensasarkan satu juta ahli.
“Jangan fikir tentang mendapatkan jawatan dalam parti atau tidak, sebaliknya, marilah kita bersama-sama mencapai matlamat parti,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Taman Sri Muda, hari ini.
Sementara itu, bekas timbalan ketua pemuda Umno Cawangan Sri Muda Zul Iskandar Jamaluddin berkata beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno kerana rasuah yang dikatakan berlaku dalam kalangan pemimpin Umno bahagian.
Zul Iskandar, yang telah menjadi anggota Umno selama 12 tahun, berkata kesilapan pemimpin telah menyebabkan peningkatan kos sara hidup.
“Kami, anak muda, berasa beban, terutama mereka yang telah berkahwin. Ini adalah sebab mengapa kami mengambil keputusan untuk menyertai BERSATU,”katanya.
Beliau juga berikrar akan menarik lebih ramai anggota Umno, terutama golongan belia menyertai BERSATU.
Abu Bakar [gambar, duduk tengah] dalam ucapannya pada majlis itu, berkata sebagai Melayu dan Islam, beliau sepatutnya berbangga kerana mempunyai seorang perdana menteri yang juga Melayu dan Islam.
“Tapi saya malu mempunyai PM yang dikecam dihina sehingga tak membela diri beliau melalui sistem kehakiman yang ada,” katanya.
Selain pemimpin akar umbi Bersatu, majlis hari ini turut menyaksikan pemimpin dari masing-masing Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR cawangan Taman Sri Muda.
Ini bukan kali pertama Umno menghadapi “pembelotan” dalam parti itu.
Sebelum ini sekumpulan 110 anggota akar umbi Umno Selangor mengumumkan mereka menyertai BERSATU pada September lalu. – Sumber: malaysianreview

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

8 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

9 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago