Connect with us

Berita Lain

JEMPUTAN DR M KE MAJLIS AGONG DIBATAL, KERUSI TAK DISEDIA

Undangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda pada 13 Disember ini dibatalkan.
Penyimpan Mohor Besar Raja memaklumkan perkara itu kepada Mahathir melalui surat bertarikh 5 Disember (kelmarin), yang dilihat Malaysiakini.
“Surat ini bermaksud untuk mengelak kesipuan (embarrassment) jika Yang Berbahagia Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada Yang Berbahagia Tun,” katanya berdasarkan surat itu.
Kandungan surat itu juga mendoakan Mahathir berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Sekian disampaikan untuk makluman dan disudahi dengan alam hormat dan maaf juga,” berdasar surat itu lagi.
Ia dialamatkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan Mahathir di Putrajaya.

Seorang pegawai Mahathir ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima surat itu.

Sementara itu, surat sama turut beredar di media sosial dan kumpulan-kumpulan WhatsApp.
Antara yang turut memuat naik surat itu termasuk wartawan veteran Jahabar Sadiq dan anak perempuan Mahahir, Marina.
“Siapa sebenarnya akan tersipu-sipu nanti?” tulis Marina bersama gambar surat itu.
– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel