Connect with us

Berita Lain

PERSARAAN AWAL BAHRI MOHAMMAD ZIN TIADA KAITAN KES SRC, KATA SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan persaraan awal bekas pegawai kanannya, Datuk Bahri Mohammad Zin mempunyai kaitan dengan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut kenyataan SPRM pada Selasa, badan itu mengesahkan persaraan Bahri berlaku atas pilihannya selepas permohonannya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) enam bulan lalu telah diluluskan.
“Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut,” demikian menurut kenyataan itulapor portal mStar.
Bahri yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) sejak 16 Jun 2014 bersara berkuat-kuasa 30 Disember lalu.
Beliau sepatutnya bersara pada 2018.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.
Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC yang melibatkan dana RM42 juta. – malaysiadreamnews

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel