Connect with us

Berita Lain

JEMAAH HAJI 1MDB PERLU YAKIN IBADAT DITERIMA ALLAH , KATA MUFTI KELANTAN

Jemaah haji yang menunaikan ibadat haji melalui tajaan Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak perlu risau dengan status ibadat mereka.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata jemaah haji perlu yakin setiap ibadat yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT dan bukannya ditentukan oleh seseorang.
“Mereka (jemaah haji) perlu letak harapan dan berdoa bahawa amalan seperti menunaikan solat, puasa, zakat dan haji ini diterima dan selepas itu mereka harus yakin Allah SWT menerima permintaan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa ibadat haji dilakukan jemaah menerusi tajaan yayasan itu tidak akan mendapat haji mabrur.
Bagi Imam Masjid Negara, Khisamudin Ismail pula, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir itu hanyalah berunsur politik semata-mata dan tidak seharusnya dibimbangi jemaah haji yang terbabit.
“Bagi pandangan saya, kenyataan itu lebih berunsurkan politik dan jemaah haji yang ditaja itu menerima hadiah dan ia tidak mendatangkan masalah,” katanya.  – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel