Connect with us

Berita Lain

“SAYA TIDAK KESAL TAMPAR DAVID TEO, TINDAKKAN ITU CARA MENGAJARNYA BERADAP DENGAN PEMIMPIN” – MAT OVER



Sejak semalam menjadi viral di laman sosial beberapa buah video yang memaparkan kekecohan yang berlaku di dalam sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya.

Dalam kejadian berkenaan pelakon dan pelawak veteran, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Over telah bertindak menampar menampar penerbit filem dan drama Datuk David Teo di hadapan Perdana Menteri dan perantara program, Datuk Rosyam Nor.


“Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

“Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati,” katanya seperti di laporkan dalam Harian Metro.

Mat Over berkata, dia sudah berfikir dahulu sebelum menampar David kerana menganggap cara penerbit filem dan drama itu kurang ajar.

David dalam apda itu tidak menayngka Mat Over boleh bertindak begitu kerana selama ini pun dia tidak mengenali pelakon itu.

“Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya,”katanya.

Kejadian berlaku apabila David telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pengacara majlis iaitu Datuk Rosyam selepas beliau mendakwa Datuk Rosyam tidak memandang ke arah tempat duduknya, sebaliknya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan.

Beliau menyifatkan tindakan Rosyam tidak adil kerana tidak memberi laluan kepada mereka di barisan belakang untuk bertanya soalan dan menyuarakan pandangan sehingga berlaku perang mulut.

Melihat keadaan itu, Mat Over secara tiba-tiba meluru ke depan pentas bagi memberi amaran kepada David supaya tidak kurang ajar sambil menampar muka penerbit itu.

Bagaimana pun majlis kembali tenang semula selepas perbincangan kedua-dua mereka di luar dilakukan dan akhirnya mereka masuk dan memohon maaf dengan bersalaman dengan Najib dan Rosyam. – Siakapkeli.my


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel