Connect with us

Berita Lain

NAK HIDUP LAMA? INI RAHSIA DR M…



Gaya hidup dengan makan secara sederhana, tidak merokok dan tidak minum arak adalah rahsia hidup sihat yang diamalkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Oleh itu nak tanya apa saya buat, (petua) saya itu saja. Saya tak hisap rokok dari awal, tak minum (alkohol), saya makan sederhana walaubagaimana sedap sekalipun,” katanya dalam soal jawab secara langsung di Facebook.
Beliau ditanya oleh seorang netizen tentang bagaimana melakukan solat sambil berdiri, sedangkan ramai individu yang lebih muda terpaksa duduk ketika melakukan ibadah itu. 
“Sebelum dilahirkan jantung dah berdenyut. Saya umur 91, dekat 92. Selama itu, jantung pam tak henti, dia henti saya matilah.
“Itu sebab kita kena fikir bersama, tentang beban yang ditanggung oleh jantung. Jika kita terlalu gemuk, jantung terpaksa kerja kuat, lama-lama dia give-up lah.
“Sebabnya kita dapati ramai orang overweight (berat badan berlebihan mereka hadapi banyak masalah, blood pressure(Tekanan darah tinggi), angin akmar, paralysis (lumpuh). Semua ini sebabkan makan terlalu banyak sebabkan darah tinggi, yang beri beban kepada jantung dan sistem lain,” ujarnya. 
Sumber: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel