Connect with us

Berita Lain

TUN M PILIH BERBASIKAL, ELAK KESESAKAN

SHAH ALAM – Gelagat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila beliau dilihat berbasikal santai di suatu petang.
Menurutnya, aktiviti berbasikal adalah sesuatu yang selalu dilakukan pada waktu senggangnya dan bukan dibuat hanya pada masa ‘tertentu’.
“Saya selalu berbasikal. Bukan sahaja pada masa ‘tertentu’. Walaupun saya masih ‘muda’, bila saya berbasikal tak ada kesesakan lalu lintas,” kata bekas perdana menteri itu seperti yang dipetik menerusi Twitternya, baru-baru ini.
Kenyataan Mahathir itu dikaitkan dengan laporan media beberapa minggu lepas di mana Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mendapat cemuhan netizen oleh kerana tindakannya menaiki basikal di atas jalan raya untuk pulang ke rumahnya dari Wisma Sri Pahang.
Adnan mendapat cemuhan netizen selepas gambarnya menaiki basikal diiringi dua anggota polis trafik dan juga sebuah ambulans tersebar.
Aktiviti Adnan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang enam kilometer perjalanan. – Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel