Connect with us

Berita Lain

MCMC AKAN SIASAT PIHAK SEBAR BERITA PALSU – SALLEH


PUTRAJAYA, 31 Julai — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
akan menyiasat tindakan pihak tidak bertangggungjawab menyebarkan berita palsu
mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa tiada unsur
rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said
Keruak berkata SPRM telah mengesahkan bahawa maklumat yang sedang tular itu
adalah tidak benar.
Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, Salleh berkata
mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu akan dikenakan
tindakan penguatkuasaan mengikut  Seksyen
233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kerajaan memandang serius penyebaran berita-berita
palsu di media sosial dan  ingin
mengingatkan para pengguna agar tidak menyebarkan sebarang berita yang belum
ditentukan kesahihannya,”katanya.
Salleh berkata perbuatan sedemikian  boleh mengelirukan orang ramai.
“Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah
terpengaruh atau mempercayai kandungan serta paparan dalam media sosial. Semak
terlebih dahulu berita-berita berkenaan dengan sumber yang betul,”
katanya.
Semalam, SPRM membuat laporan polis terhadap pemilik akaun
Facebook menggunakan nama ‘Çikgu Aming’ yang memuat naik satu laporan portal
kononnya SPRM  mengesahkan tiada unsur
rasuah dalam kes JANS.
Pemilik akaun Facebook berkenaan memuat naik laporan portal
yang bertajuk ‘SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur
rasuah’.
Pada 29 Dis lepas, tiga individu dihadapkan ke Mahkamah
Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM61.48
juta selain memiliki secara salah barangan mewah dan sebutan semula kes
tersebut ditetapkan pada 8 Ogos ini.
Ketiga-tiga tertuduh ialah bekas Pengarah JANS Ag Mohd Tahir
Mohd Talib dan isterinya Fauziah Ag Piut serta penasihat teknikal dan
kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Beng.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel