Categories: Berita Lain

JDT JUARA LIGA SUPER BUAT KALI KEEMPAT BERTURUT-TURUT


KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT)  muncul juara Liga Super buat kali keempat
berturut-turut walaupun tewas 1-2 kepada Selangor pada aksi di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang, dekat sini, Sabtu malam.

Kekalahan itu tidak menggugat JDT untuk terus mempertahankan
Piala Liga Super menerusi kelebihan 11 mata berbanding pencabar terdekat, Kedah
dengan tiga baki perlawanan.

Lebih manis, kejayaan tersebut turut disaksikan oleh pemilik
JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan menyaksikan perlawanan itu.

Untuk rekod, JDT muncul juara Liga Super sejak 2014.

Pada aksi di Selayang, JDT terlebih dahulu membuka tirai
jaringan menerusi Natxo Insa pada minit ke-38 sebelum Selangor bangkit melakar
dua gol hasil sumbangan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-59 dan pemain gantian,
Andik Vermansah pada minit ke-77.

Pada aksi berkenaan, Pahang meraih jaringan menerusi Yamil
Jorge Gonzalo Romero pada minit ke-64 dan Matheus Alves Leandro pada minit
ke-79 manakala Kedah memperolehi gol tunggal hasil sentuhan penyudah, penyerang
Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-77.

Perak pula kekal di tangga keenam liga walaupun mengatasi
PKNS FC 2-0 di Stadium Perak, Ipoh.

Dua gol skuad ‘The Bos Gaurus’ dijaringkan oleh Mohd Nazrin
Mohd Nawi pada minit ke-55 dan Gilmar Jose Da Silva Filho, selang empat minit
kemudian.
Kelantan pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman
sendiri setelah seri 1 – 1 menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad
Ke-IV, Kota Bharu.

Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan menerusi
Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi pada minit ke-24 sebelum Alessandro Padovani
Celin menyamakan kedudukan untuk Kelantan, selang seminit kemudian.

Dalam pada itu, Melaka United terus menghidupkan peluang
untuk keluar daripada zon penyingkiran setelah menang bergaya 5-1 ke atas
T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Lima gol Melaka United dijaringkan oleh Marko  Simic pada minit ke-50 dan ke-89,
Muhammad   Fauzi Rozlan (minit ke-60), G.
Puaneswaran (minit ke-70) dan Felipe De Almeida Souza pada minit ke-73.
T-Team memperoleh gol tunggal hasil jaringan Muhammad Fauzi
Abdul Kadar pada minit ke-32.

Sementara itu, Pulau Pinang sah tersingkir ke saingan Liga
Perdana, musim depan setelah kalah 0-2 kepada Sarawak di Stadium Negeri Petra
Jaya, Kuching.
Dua gol skuad Bujang Senang dijaringkan oleh Mohamad Alif
Hassan pada minit ke-51 dan Awang Kamaruddin Awang Bohan pada minit ke-72.

Terdahulu, Pulau Pinang terpaksa beraksi dengan 10 pemain
setelah Mohd Azrul Ahmad dilayangkan kad merah oleh pengadil Wan Mohamad
Tarmizi pada minit ke-61 kerana cuba menumbuk pemain import Sarawak Milos
Raikovic. – Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

18 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

19 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago