Connect with us

Berita Lain

MODEL DIBERI DADAH SEBELUM DICULIK UNTUK DILELONG SECARA ONLINE


SEORANG model warga Britain diberi dadah sebelum diculik di
Milan untuk dijual dalam satu lelongan secara dalam talian, kata polis Itali.
Mangsa, 20, tiba di ibu negara itu kerana terlibat dalam
satu penggambaran yang diatur melalui ejennya.
Namun sebaliknya dia culik dan dikurung selama enam hari.
Warga Poland, Lukasz Herba, 30, yang menetap di UK, ditahan
atas pertuduhan culik.
Pejabat Luar berkata mereka menyediakan bantuan konsular
kepada wanita warga Britain itu.
Memetik laporan mstar online, model yang tidak didedahkan namanya itu tiba di Milan pada
10 Julai lalu.
Dia tiba di sebuah apartmen pada keesokan harinya untuk sesi
penggambaran sebelum diserang dua lelaki, kata polis.
Polis berkata wanita itu diberi dadah, digari dan dimasukkan
ke dalam beg serta dibawa ke sebuah rumah di Borgial, barat laut Turin.
Mangsa dipercayai digari di sebuah almari kayu di dalam
bilik tidur selama enam hari sebelum dibebaskan dan dibawa ke konsulat British
di Milan.
Penyiasat berkata wanita itu berjaya diselamat selepas
menyedari penculik melakukan beberapa lelongan secara dalam talian termasuk
menyediakan penerangan dan harga pembukaan.
Penculik didakwa menggunakan akaun sulit untuk meminta ejen
model membayar wang sebanyak 230,000 pound sterling bagi menghentikan wanita
itu daripada dilelong secara dalam talian.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel