Saturday, November 08, 2025

(VIDEO)PEMANDU HONDA CR-V LANGGAR LARI PENUNGGANG MOTORSIKAL DIBURU

August 7, 2017
1 min read

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemandu sebuah
kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V bagi membantu siasatan kes kemalangan
membabitkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya SPRINT pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd
Zani Che Din, berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 1.16 petang Sabtu, lapor mstar online.

“Kami menerima laporan polis daripada penunggang
motosikal berusia 24 tahun yang mendakwa menjadi mangsa langgar lari kereta SUV
terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Zani berkata pemandu itu tidak berhenti selepas insiden
itu sebaliknya terus meninggalkan lokasi kejadian.

“Penunggang motosikal dibawa ke klinik berdekatan untuk
mendapatkan rawatan. Dia hanya mengalami kecederaan ringan.

“Setakat ini pemandu Honda CRV terbabit masih belum
tampil membuat laporan polis,” katanya.

Dalam kejadian itu, penunggang motosikal itu dipercayai
bergesel dengan SUV terbabit dan cedera.

Insiden itu berjaya dirakam oleh pemandu lain dan
menjadi  viral di media sosial.

Pada masa sama, Mohd Zani menggesa pemandu SUV terbabit yang
menggunakan nombor pendaftaran WB 8679 C tampil segera untuk membuat laporan
polis berhubung insiden itu.


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pemuda Langkawi Cedera Parah Lepas Langgar Anjing, Kini Terlantar Di Rumah

LANGKAWI – Sebak hati membaca kisah seorang pemuda, Muhammad Affiq Fitri, 23,

Selepas 7 Tahun, Ibu ‘Mukagengster’ Peluk Islam – “Akhirnya Mak Titew…”

KUALA LUMPUR – Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam,