Connect with us

Berita Lain

BAPA BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 3,000 TAHUN LAKUKAN PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP ANAK KANDUNG



PUTRAJAYA; Seorang bapa yang akan didakwa atas lebih 600
tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seksual fizikal terhadap anak
kandungnya, bakal berdepan hukuman penjara 3,000 tahun, jika sabit kesalahan.

Dia juga berkemungkinan disebat, berdasarkan peruntukan
mengikut Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak
2017 serta Akta Kanak-Kanak 2016, lapor BH Online.
Sebelum ini, polis memaklumkan lelaki itu berdepan 599
tuduhan meliwat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Bagi kesalahan itu, penjara maksimum yang boleh dikenakan
terhadapnya adalah 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan merogol, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen
376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan
sebat jika sabit kesalahan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel