Sunday, November 16, 2025

PAK ENGKU SUDAH TIADA….

August 12, 2017
1 min read

Selebriti Cef popular, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan atau
lebih dikenali sebagai Pak Engku, 58, meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul
Ehsan (DEMC), Shah Alam jam 9.10 malam kerana penyakit kencing manis dan
komplikasi buah pinggang.
Pak Engku yang pernah merakamkan dua album, dimasukkan ke
hospital itu dua hari lalu dan keadaanya kritikal jam 7 malam tadi, lapor Harian Metro.
Difahamkan, jenazah kini dibawa ke rumahnya di Shah Alam dan
akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, esok pagi.
Allahyarham meninggal dunia di sisi isteri, Datin Ramziah
Samah dan tiga anak-anaknya.
Pak Engku yang juga pemilik Kuzie Catering Sdn Bhd, menjadi
pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setiap tahun untuk Rumah
Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana menyediakan juadah untuk 20,000 tetamu.
Kuzie Catering juga menjadi pilihan pihak istana dan juga
kalangan kenamaan untuk majlis perkahwinan dan rumah terbuka.

Malah, selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ning
Baizura, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani, Irma Hasmie serta Awal Ashaari
turut menggunakan khidmat katering Pak Engku.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti