Connect with us

Berita Lain

SETELAH MENYAMAR SEBAGAI DOKTOR BERTAULIAH DI HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, AKHIRNYA ‘DATUK DR RIDZUAN’ DITAHAN

Foto: Lobak Merah

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan
kejadian seorang individu berumur 22 tahun menyamar sebagai seorang doktor di
Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Bagaimanapun Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan
Ismail berkata lelaki itu berjaya ditahan pihak keselamatan Isnin lalu dan
kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pada 7 Ogos 2017, kelibat lelaki tersebut dikesan di ruang
menunggu orang awam di Klinik Pakar Hospital Sultanah Bahiyah dan pemuda
tersebut telah dibawa kepada pihak pengurusan hospital untuk tindakan lanjut.

“Bersama dia didapati kot berwarna putih, stetoskop dan
dua tag nama iaitu Dr Ridzuan dan Datuk Dr Ridzuan,” katanya dalam satu
kenyataan media. 

Dr Norhizan berkata hasil siasatan dalaman mendapati lelaki
berkenaan hanya berlegar-legar di kawasan dan ruangan yang turut boleh diakses
orang awam dan warga kerja di wad turut mengesahkan dia tidak terlibat dalam
pemeriksaan mahupun memberikan rawatan kepada pesakit ataupun klinik.

“Sistem keselamatan di hospital melibatkan pengawasan oleh
pengawal keselamatan dan kemasukan ke wad memerlukan akses kad bagi membolehkan
kemasukan ke wad.

“Pihak pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah telah dan
sedang berusaha untuk meningkatkan keupayaan sistem akes kad di wad-wad,”
katanya.

Dr Norhizan berkata sistem keselamatan sedia ada sememangnya
dipertingkatkan dengan memastikan terdapat kawalan rapi oleh pengawal
keselamatan setiap masa di wad kanak-kanak dan bersalin.

Sementara itu beliau berkata jabatannya telah memberikan
peringatan kepada semua hospital terutama hospital yang mempunyai ramai warga
kerja dan menyediakan latihan pegawai perubatan siswazah iaitu Hospital
Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani dan Hospital
Kulim.

Katanya semua warga kerja hospital turut dimaklumkan supaya
melaporkan segera kepada pihak pengurusan hospital sekiranya terserempak dengan
orang mencurigakan di perkarangan hospital. -Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel