Connect with us

Berita Lain

BUNUH IBU KANDUNG


KULAI: Seorang wanita ditemui mati berlumuran darah di
rumahnya di Jalan Cempaka, Taman Air Bemban, di sini, dipercayai dibunuh oleh
anak lelakinya yang mempunyai masalah mental, pagi tadi.
Mayat wanita berusia 69 tahun itu ditemui di bahagian dapur
rumahnya oleh anak lelaki bongsunya, kira-kira jam 11 pagi.
Difahamkan, anak lelakinya itu baru pulang dari tempat kerja
di Singapura sebelum bergegas membuat laporan polis.
Memetik laporan BH Online, wanita yang mempunyai tiga anak itu dipercayai cedera di
bahagian muka dan leher sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said,
mengesahkan kejadian itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan senjata yang
digunakan suspek untuk membunuh mangsa.
Katanya, suspek berusia 30 tahun itu bagaimanapun ditahan
kira-kira jam 1 tengah hari tadi di sekitar kawasan rumahnya.
Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata,
mangsa tinggal di rumah itu bersama suaminya yang berusia 70 yang sakit dan
tidak boleh berjalan serta dua anak mereka.
“Anak bongsunya bekerja di Singapura manakala yang
sulung (suspek) tidak bekerja sejak setahun lalu.
“Kami selalu terdengar keluarga ini bergaduh, dan jiran
di sini juga maklum anak sulungnya itu sering mengamuk di rumah,” katanya
kepada pemberita di sini, hari ini.
Difahamkan, mangsa bersama suaminya pernah menjalankan
perniagaan kedai kopi di kawasan perumahan itu namun terpaksa menutup operasi
baru-baru ini kerana masalah kesihatan suaminya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel