Saturday, November 08, 2025

SUKARELAWAN SELAMATKAN NYAWA BAYI TERTIMBUS RUNTUHAN DITEMBAK MATI

August 13, 2017
1 min read

SEORANG sukarelawan berusia 22 tahun yang menyelamatkan
nyawa seorang bayi dalam satu letupan pada tahun lalu, ditembak mati di Syria.

Abu Kifah menjadi tajuk utama berita pada Oktober lalu
selepas menyelamatkan Wahida Ma’artouk yang berusia hampir setahun tertimbus
dalam runtuhan di kediamannya, lapor mstar online.

Berita kematian Abu Kifah disahkan rakan rapatnya, Matiah
Jallal.

Matiah berkata Abu merupakan antara salah seorang daripada
tujuh sukarelawan yang ditembak mati hari ini.

Jurucakap kumpulan sukarelawan The White Helmets berkata Abu
ditembak mati seorang lelaki bersenjata tidak dikenali yang menyerang sebuah
pejabat di Sarmin, awal pagi Ahad.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika ini.
Seluruh bandar ini meratapi pemergian Abu Kifah dan juga rakan-rakannya,”
kata Matiah.
Abu bergelar seorang bapa pada awal tahun ini.

Difahamkan isterinya masih lagi terkejut dengan berita
kematian Abu.

Mayat tujuh lelaki yang maut dalam serangan itu akan
dikebumikan di Sarmin petang Ahad.

“Pusat pertahanan awam di Sarmin menjadi sasaran
kumpulan bersenjata yang tidak dikenali. Dua bas mini, beberapa helmet putih
dan walkie-talkie turut dilarikan,” katanya jurucakap kumpulan sukarelawan
itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Belum Kering Luka Gaza, Tular Pula Penderitaan Umat Islam di Sudan

SUDAN – Belum pun reda air mata kita mengenang nasib saudara di

Dicerai Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK, Rezeki Imelda Safitri Mencurah Tanpa Diduga

ACEH – Rezeki, jodoh dan takdir semuanya urusan Allah. Siapa sangka, ujian