Connect with us

Berita Lain

BALING KERUSI, SELIPAR, SUAR MEMANG TUJU KEPADA TUN’ – SYED SADDIQ


SHAH ALAM – Balingan selipar, kerusi, kasut, botol air dan
suar di dalam program Nothing To Hide 2.0 didakwa disusun secara sistematik
untuk mengenakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di atas pentas.
Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata,
perkara itu jelas kelihatan apabila semua peralatan itu dibaling ke atas pentas
utama di mana Mahathir berada.
“Dalam tempoh masa sejam setengah tiada masalah
walaupun pelbagai isu sensitif dibangkitkan.
“Malangnya wujud elemen sabotaj yang sistematik .. kami
rasa dan percaya ia ditujukan untuk sabotaj program dan mencederakan Tun
M…jika dilihat selepas soalan seorang peserta itu, nampak botol kasut kerusi
suar dicampak ke arah Tun, itu jelas,” katanya dalam sidang medianya
sebentar tadi.
Dalam pada itu, Syed Saddiq menzahirkan rasa kecewa
berhubung isu tersebut.
“Secara jujurnya kami kecewa sebab peringkat  awal, tiada masalah.
“Jadi kami harap polis buat siasatan lanjut dan
berterima kasih sebab polis.
Program Nothing To Hide 2.0 yang sepatutnya mempertemukan
Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak
menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak
kelihatan.

Bagaimanapun, program tersebut bertukar kecoh apabila
berlaku adegan membaling kerusi dan suar ketika Mahathir menjawab soalan
peserta.

Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan
kepada Mahathir mengenai tragedi memali yang berlaku ketika zaman pemerintahan
bekas perdana menteri itu.

Sumber: Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel