Saturday, November 08, 2025

FARALYSA DITEMUI SELAMAT

August 15, 2017
1 min read

FARALYSA Amani Fazil, kanak-kanak perempuan berusia sembilan
tahun yang hilang dipercayai dilarikan penceroboh ditemui selamat, kira-kira 9
malam ini.
Bapanya, Fazil Abdullah, 35, berkata individu yang
dipercayai memecah masuk rumahnya di Kuarters Politeknik Port Dickson dan
melarikan Faralysa bertindak menghantar semula anaknya itu di pondok pengawal
kuarters berkenaan.
“Dia (penceroboh) dilihat meninggalkan anak saya di
pondok pengawal dengan kesan kecederaan pada tangan. Individu itu melarikan
diri menaiki sebuah kereta berwarna perak menuju ke arah Pasir Panjang. Saya
tidak pasti siapa dia.
“Saya belum dapat bertanya apa-apa lagi dengan anak
saya. Kami kini di Balai Polis Teluk Kemang untuk membuat laporan,”
katanya ketika dihubungi malam ini.
Fazil bersyukur anak sulungnya itu ditemui selamat dan
berterima kasih kepada pihak polis serta keprihatinan orang ramai yang
membantunya.
Menurut laporan harian metro, Kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dipercayai dilarikan
penceroboh yang memecah masuk rumah melalui pintu belakang ketika mereka
sekeluarga sedang tidur.

Kehilangan Faralysa hanya disedari Fazil yang masuk ke bilik
anaknya itu untuk mengejutkan Faralysa dan seorang lagi anak lelaki berusia
enam tahun daripada tidur, jam 6.45 pagi.


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Lucah Ketika Live

KUALA LUMPUR – Seorang model warga Rusia, Alice Kasimova, tampil membuat laporan

Namewee Disiasat Kes Bunuh Pempengaruh Taiwan Ditemui Mati di Hotel Jalan Conlay

KUALA LUMPUR – Polis kini mengklasifikasikan semula kematian seorang pempengaruh wanita warga