KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki maut, manakala rakannya
cedera terjatuh dari tingkat lapan bangunan Api-Api Centre, di sini, malam
tadi, dipercayai khayal selepas menghidu gam.

Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, mangsa yang maut berumur
15 tahun, manakala rakannya juga seorang remaja lelaki berumur 16 tahun cedera.

Kedua-dua mangsa ditemui oleh pengawal keselamatan di lobi
bangunan berkenaan, masing-masing dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum
dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M
Chandra, berkata bagaimanapun remaja berumur 15 tahun itu disahkan mati di
tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua remaja
terbabit dipercayai terjatuh dari bumbung bangunan setinggi lapan tingkat
selepas menghidu gam.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian bumbung Blok Dua
menemui satu plastik berwarna oren berisi tin gam dan satu lagi plastik putih
berisi gam.

“Polis turut menemui dua pasang selipar dipercayai
milik mangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini, lapor BH online.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Queen
Elizabeth Dua (QEH2) dan masih menerima rawatan di Zon Kuning, manakala mangsa
yang maut dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk dibedah siasat petang
tadi.

Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut
kerana tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.