Foto: Okezone
JAKARTA: Presiden Joko Widodo pada Isnin memaafkan Malaysia mengenai
insiden bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata khas
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang diedarkan pada upacara pembukan sukan itu
Sabtu lepas.

Staf Khusus Presiden bidang Komunikasi Johan Budi Saptopribowo berkata,
presiden itu sememangnya hanya menunggu permohonan maaf dari Malaysia sebaik
isu itu timbul.

Media-media dalam talian memetik Johan sebagai berkata presiden yang
lebih dikenali dengan nama Jokowi itu juga berharap rakyat Indonesia tidak
memberi reaksi berlebihan atas kesilapan panitia Sukan SEA di Malaysia.

“Yang penting, sekarang kan sudah ada permintaan maaf dan (buku
cenderamata itu) mahu ditarik (balik), itu yang diharapkan oleh presiden, (dan)
Malaysia (sudah) minta maaf,” katanya di Kompleks Istana Kepresidenan di
sini Isnin.

Malaysia, menerusi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam telah
membuat permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan dan seluruh rakyat
Indonesia mengenai kesalahan cetakan bendera Indonesia itu.

Sementara itu, Naib Presiden Jusuf Kalla pula berkata semua pihak
diminta supaya tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan memandangkan kerajaan
Indonesia telah memaafkan kesilapan pihak jawatankuasa penganjur Sukan SEA
ke-29 itu.

“Kan Pemerintah Malaysia sudah minta maaf, apalagi? Pemerintah
(kerajaan Indonesia) menerima itu dengan terbuka, semua orang bisa (boleh)
melakukan kesalahan,” katanya seperti yang dipetik oleh Kompas.com.

Beliau berkata kerajaan Indonesia memahami kesalahan yang dilakukan itu
bukanlah sesuatu yang sengaja.
bukanlah sesuatu yang sengaja.
“Ini kan kesalahan teknis (teknikal) yang tidak disengaja, tidak
mungkin kerajaan Malaysia sengaja. Ini kan mungkin tukang (pihak) percetakannya
yang tidak faham, ini soal ketelitian,” katanya lagi. -Bernama