Saturday, November 08, 2025

NASI LEMAK PERCUMA UNTUK ERAT SILATURAHIM

August 22, 2017
1 min read

Sabak Bernam: Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Maasumiah,
dekat sini, melaksanakan program Nasi Lemak Percuma Setiap Jumaat untuk
penduduk Kampung Sungai Tengar Utara, Sungai Air Tawar.
Pada program julung kali Jumaat lalu, puluhan nasi lemak
bungkus itu habis dalam tempoh singkat apabila ia diletak di depan masjid jam
7.30 pagi.
Menurut harian metro, AJK masjid berkenaan, Mohd Hafizuddin Md Sahar, 32, berkata,
program itu memfokuskan masyarakat setempat terutama yang tidak sempat
bersarapan atas tuntutan kerja, selain membantu individu kurang berkemampuan.
“Melalui program seumpama ini, ia mengukuhkan lagi
silaturahim antara AJK masjid dengan penduduk setempat, sekali gus menggalakkan
tuntutan solat berjemaah.
“Masjid ini dipilih sebagai lokasi mengagihkan nasi lemak
kerana ia berada di laluan utama penduduk,” katanya.
Menurut Mohd Hafizuddin, pihaknya turut mengalu-alukan
penduduk yang mahu menyumbang untuk program itu.
“Jumaat dipilih kerana ramai penduduk melalui laluan
berkenaan, selain hari mulia bagi umat Islam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pemuda Langkawi Cedera Parah Lepas Langgar Anjing, Kini Terlantar Di Rumah

LANGKAWI – Sebak hati membaca kisah seorang pemuda, Muhammad Affiq Fitri, 23,

Selepas 7 Tahun, Ibu ‘Mukagengster’ Peluk Islam – “Akhirnya Mak Titew…”

KUALA LUMPUR – Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam,