KEMELUT keretakan rumah tangga pasangan penyanyi Hafiz
Hamidun dan isteri, Joy Revfa terus berpanjangan apabila surat perceraian
pengasas produk kecantikan itu dengan bekas suami tersebar.
Hamidun dan isteri, Joy Revfa terus berpanjangan apabila surat perceraian
pengasas produk kecantikan itu dengan bekas suami tersebar.
Menerusi surat yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama
Islam Wilayah Songkhla Thailand, tarikh perceraian perkahwinan pertama itu
ialah pada 13 Julai lalu.
Islam Wilayah Songkhla Thailand, tarikh perceraian perkahwinan pertama itu
ialah pada 13 Julai lalu.
Ia sekali gus menjelaskan Joy atau Siti Arifah Mohd Amin,
30, masih bergelar isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.
30, masih bergelar isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.
Penyebaran surat itu juga menjelaskan kemelut sebenar
masalah rumah tangga pasangan itu.
masalah rumah tangga pasangan itu.
Joy Revfa Mohon Perkahwinan Dengan Hafiz Hamidun Bubar
Terdahulu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran
perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah
Alam pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz.
perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah
Alam pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz.
Surat perceraian yang didakwa milik Joy dengan bekas suami
pertama tersebar.
pertama tersebar.
Joy ketika ditemui berkata, dia terpaksa membuat permohonan
itu selepas Hafiz, 33, mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia
sebagai tidak sah.
itu selepas Hafiz, 33, mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia
sebagai tidak sah.
Dalam pada itu, Hafiz menerusi Instagram miliknya pada malam
Isnin memberitahu akan memberi kenyataan berhubung isu itu pada hari ini
(Selasa).
Isnin memberitahu akan memberi kenyataan berhubung isu itu pada hari ini
(Selasa).
Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah
Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.
Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.
Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.
Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang
anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
Dalam perkembangan berkaitan, Hafiz dijadual akan mengadakan
sidang media bersama peguamnya berhubung perkara itu pada petang Selasa.
sidang media bersama peguamnya berhubung perkara itu pada petang Selasa.
Sidang Media Live Hafiz Hamidun
Sumber: Mstar Online


