Saturday, November 08, 2025

SEKADAR GURAUAN MESRA, BUKAN BETUL-BETUL NAK BOGEL

August 23, 2017
1 min read

PETALING JAYA: Seorang wanita cantik menjadi perhatian ramai
selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbogel tular di media sosial.

Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang
terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial, pagi Selasa.

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur
(KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei
12-4.

Perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai gadis itu menyaksikan
pertarungan antara dua pasukan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.
Bagaimanapun kenyataan yang dibuat oleh gadis yang baharu
berusia 23 tahun itu dipadam selepas beberapa jam.

Nurul Adilla Abd Rahim (gambar) menjelaskan bahawa apa yang
ditulisnya di laman sosial itu hanyalah sekadar gurauan mesra tanpa berniat
untuk melakukannya.

“Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang
serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel
pun.

“Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia
menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya kepada mStar
Online.

Lebih dikenali sebagai Lala, pengamal media itu benar-benar
tidak menyangka kenyataan tersebut boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam
kalangan netizen.

“Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya
mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” kata anak
sulung daripada tiga beradik ini.

Berikutan kekecohan itu, Lala memberitahu bahawa dia akan
lebih berhati-hati selepas ini dalam membuat sebarang kenyataan di laman
sosial. 
Sumber: Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pemuda Langkawi Cedera Parah Lepas Langgar Anjing, Kini Terlantar Di Rumah

LANGKAWI – Sebak hati membaca kisah seorang pemuda, Muhammad Affiq Fitri, 23,

Selepas 7 Tahun, Ibu ‘Mukagengster’ Peluk Islam – “Akhirnya Mak Titew…”

KUALA LUMPUR – Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam,