Connect with us

Berita Lain

BANGLA JATUH BALKONI ELAK DITANGKAP



PETALING JAYA: Seorang wanita warga Bangladesh yang cuba melarikan diri daripada ditahan pegawai penguat kuasa, cedera selepas terjun dari tingkat satu Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, wanita berusia 30-an itu dipercayai nekad terjun dari balkoni selepas menyedari kawasan pangsapuri terbabit diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia.
Wanita yang tinggal bersama suaminya itu menyambung beberapa helai kain dipercayai digunakan untuk turun melarikan diri.
Namun, cubaan itu gagal apabila dia jatuh terduduk menyebabkan cedera di bahagian pinggul.
Difahamkan, dia melarikan diri kerana tidak memiliki E-Kad, manakala pasportnya dipegang oleh individu yang mendakwa sebagai ejen pekerja asing.
Suami kepada wanita berkenaan mempunyai E-Kad yang sah.
Dalam serbuan di kawasan pangsapuri berkenaan dan premis perniagaan berhampiran, seramai 161 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi yang bermula pada jam 10 malam.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya memeriksa 21 premis dan dua blok pangsapuri, yang menempatkan 172 unit rumah.
“Kita telah periksa seramai 342 orang dan 162 daripadanya ditahan, termasuk 33 wanita.
“Daripada jumlah itu, 64 orang dari Bangladesh, 28 dari Indonesia, 23 dari Nepal dan 11 warga Uganda. Selebihnya adalah dari India, Nigeria, Myanmar, Vietnam, Pakistan, Iran dan Filipina.
“Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri; Seksyen 16(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas dan permit,” katanya.
Mustafar berkata, sejak tamat proses permohonan E-Kad pada 1 Julai lalu, sebanyak 37,000 warga asing telah diperiksa dan 10,000 daripadanya telah ditahan.
“Daripada jumlah itu, 2772 pula kita telah dakwa di mahkamah.
“Seramai 246 majikan pula telah ditahan kerana mengambil PATI bekerja dan 91 daripadanya telah pun dikenakan tindakan,” katanya.




Sumber: BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel