Categories: Berita Lain

“KAMI NAK JUMPA INDONESIA, MEREKA LEBIH BAGUS DARI MALAYSIA”


“KAMI mahu jumpa Indonesia di final kerana mereka lebih baik
berbanding Malaysia,” ujar penyerang Thailand, Sittichok Kannoo pada sidang
media praperlawanan separuh akhir bola sepak antara Thailand dan Myanmar di
Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang esok.
Nadanya seakan angkuh, namun itulah pandangan Sittichok yang
mengakui tidak berminat untuk menentang pasukan negara pada perlawanan akhir
sekiranya skuad Gajah Perang itu berjaya melepasi halangan Myanmar di separuh
akhir, lapor Harian Metro.
Jelas bekas pemain remaja Buriram United itu, skuad
kendalian Bima Sakti baginya jauh lebih ampuh berbanding anak didik Datuk Ong
Kim Swee yang hanya bersandarkan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri
untuk mencipta kemenangan.
“Barisan pertahanan Malaysia mudah bolos dan penyerang
mereka juga tidak begitu efektif terutamanya apabila berdepan pasukan kuat
seperti Indonesia.
“Sebelum ini kami pernah menewaskan Malaysia (3-0) pada
Kelayakan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) B-23 di Bangkok, bulan lalu.
“Malah di peringkat kumpulan Sukan SEA juga dapat
diperhatikan Malaysia mudah dibolosi satu gol dalam empat perlawanan mereka.
“Situasi itu jelas berbeza dengan Indonesia yang kami anggap
pasukan terbaik Asia Tenggara ketika ini. Kami sudah dua kali jumpa mereka
(Indonesia) di Kelayakan AFC dan peringkat kumpulan Sukan SEA, dua-duanya
berakhir seri.
“Jadi saya pilih Indonesia untuk bertemu kami di final,
itupun kalau kami dapat tewaskan Myanmar nanti,” katanya yang kini beraksi
bersama kelab Thai Honda Ladkrabang di liga utama negara itu.

Thailand muncul juara Kumpulan B selepas mudah menewaskan
Vietnam 3-0 pada aksi terakhir kumpulan untuk mengumpul 13 mata diikuti
Indonesia di tempat kedua 11 mata.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

3 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

7 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago