Saturday, November 08, 2025

KHAIRY, NURUL IZZAH KETEPIKAN POLITIK DEMI MALAYSIA

August 27, 2017
1 min read
Shah Alam, 27 Ogos – Sikap ketepikan sentimen politik dan kepartian demi Malaysia yang ditunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut melaungkan sokongan kepada pasukan bola sepak negara di Stadium Shah Alam, malam tadi.
“Tidak ada (perbezaan) parti malam ini, (yang ada) hanya Malaysia,” tulis Khairy menerusi Twitternya lapor Sinar Harian.
Tweet itu disertakan dengan sekeping foto bersama Nurul Izzah yang diabadikan sendiri oleh beliau.
Momen dirakamkan itu mendapat perhatian netizen termasuk Nurul Izzah sendiri, yang kemudiannya berkongsi Tweet milik Khairy di laman Twitter miliknya.
“Terima kasih untuk perpaduan @Khairykj, perlawanan yang sangat hebat, kita jumpa lagi pada perlawanan akhir,” kata Nurul Izzah menerusi akaun Twitternya pula.
Dalam masa sama, Nurul Izzah menerusi laman Facebook turut mengucapkan penghargaan ke atas kemenangan Malaysia yang bertemu pasukan Indonesia pada separuh akhir perlawanan bola sepak untuk Sukan Sea ke-29, malam tadi.
“Saya ucapkan tahniah buat pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dalam Sukan Sea kerana berjaya meraih kemenangan 1-0 berlawan pasukan Indonesia.
“Saya berpeluang menyaksikan sendiri secara langsung di Stadium Shah Alam tandukan yang dihasilkan oleh Thanabalan yang memberikan kemenangan buat pasukan Malaysia!
“Semoga pasukan Malaysia terus berusaha dan meraih kemenangan di pusingan akhir menentang pasukan Thailand,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

Bintang Tenis Poland Kamil Majchrzak Jejak Budak Lelaki, Ganti Topi Dirampas di Terbuka AS

NEW YORK – Bintang tenis Poland, Kamil Majchrzak, akhirnya berjaya menjejaki seorang