Saturday, November 15, 2025

MAN KIDAL SERAH KEPADA POLIS

August 30, 2017
1 min read

“ATAS nasihat rakan-rakan dan bagi membersihkan nama baiknya
dan keluarga, dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” kata pemain
gitar popular, Man Kidal, 54, mengenai pembabitan anaknya, Mohd Shefflee, 32,
atau Elly dalam perniagaan ‘money game’ dan melarikan jutaan ringgit wang
pelabur seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood berkata,
anaknya itu menyerah diri minggu lalu bagi memberi keterangan dan hanya
dibebaskan Ahad lalu.
Man berkata, berikutan dakwaan yang tular itu, keluarganya
menjadi mangsa cemuhan netizen di media sosial.
“Kepada mereka yang tidak henti-henti mencemuh, menuduh dan
melontarkan tohmahan terhadap anak saya, hentikan segera kerana ia turut
membabitkan nama saya dan seluruh keluarga kami.
“Serahkan kepada polis dan biar mereka melakukan tugas
mereka. Pada masa sama kami sedang mengumpul bukti untuk membuktikan Elly tidak
bersalah,” katanya kepada Harian Metro.
Man berkata, Elly kini menguruskan perniagaannya seperti
biasa dan akan terus memberikan kerjasama kepada polis sehinggalah kes itu
selesai.
Man berkata, anaknya itu tidak pernah melakukan kegiatan
itu. Menerusi syarikatnya Global Tijari Holdings Berhad, dia mengeluarkan
pelbagai produk termasuk untuk kesihatan.
“Dia ada kilang dan produk keluarannya memang berdaftar. Ada
lebih 1,000 pelabur yang melabur dalam perniagaan itu tetapi hanya 80 orang
yang mendakwa Elly menipu mereka.
“Mungkin perkara itu terjadi kerana ketika menandatangani
kontrak, mereka tidak membaca dan memahami syarat serta terma tertentu yang
terkandung dalam kontrak itu dengan jelas. Antaranya ialah keuntungan yang akan
diagihkan kepada pelabur berdasarkan keuntungan yang diperoleh syarikat.

“Jika pada tempoh tertentu, syarikat tidak memperoleh
keuntungan, maka ia turut memberi kesan kepada pelabur dan bukannya Elly
melarikan wang pelabur seperti yang didakwa,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pekerja Hospital Ditahan Rakaman Diam-Diam Dharmendra Dalam ICU, Keluarga Rayu Hormati Privasi

MUMBAI – Seorang pekerja di Hospital Breach Candy, Mumbai, ditahan selepas didapati

Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan

SULAWESI SELATAN, INDONESIA – Dua penyanyi dangdut wanita tempatan dilaporkan maut selepas