SHAH ALAM – Rakyat negara ini perlu memahatkan semangat
patriotisme yang tinggi dan tidak goyah dengan ketamakan duniawi serta
terjerumus ke dalam kancah jenayah rasuah serta salah guna kuasa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, mereka perlu menghayati erti kemerdekaan
sebenar serta memerdekakan diri daripada cengkaman budaya yang boleh
menghancurkan pembangunan insan dan negara, lapor Sinar Online.

“Rasuah dan salah guna kuasa merupakan satu pengkhianatan
kepada rakyat dan negara sehingga boleh menyebabkan kemerdekaan yang telah kita
kecapi 60 tahun yang lalu lumpuh serta musnah,” katanya dalam satu kenyataan,
hari ini.

Dalam pada itu, Dzulkifli berkata, rakyat perlu berganding
bahu membawa Malaysia ke mercu kejayaan dengan membina bangsa dan negara yang
bersih daripada anasir rasuah.

Untuk itu, beliau menyeru supaya seluruh rakyat dapat
bersama-sama memerdekakan jiwa daripada ketamakan dan kecintaan kepada harta
yang bukan sepatutnya menjadi milik mereka.

“Rakyat juga perlu bersama-sama memerdekakan keluarga daripada rezeki yang
diperolehi secara haram melalui rasuah dan dapat memerdekakan diri dengan
menyatakan tidak kepada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.