Connect with us

Berita Lain

ADIK MIKHAIL MASIH KRITIKAL, PATAH RUSUK SERTA CEDERA PARU KANAN


MUHAMMAD Mikhail Jafrul Nizam, lima tahun, yang kemalangan
di Titi Gajah, Alor Setar, semalam, masih kritikal.
Dia parah di kepala dan patah tiga tulang rusuk kanan
menyebabkan kecederaan pada paru-paru kanan.
Kanak-kanak itu terbabit dalam kemalangan selepas bapa,
Jafrul Nizam Jaafar, 38, mengejari ibunya, Marziana Mahadzir, 37, dengan kereta
pada kira-kira 2 petang semalam.
Ia dipercayai akibat masalah perebutan anak.
Menurut sumber Harian Metro, keadaan menjadi lebih buruk apabila kereta dipandu mereka
terbabit kemalangan yang turut menyebabkan satu lagi kenderaan dirempuh di Titi
Gajah.
Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata
dalam kejadian itu, empat orang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah
(HSB), Alor Setar.
Katanya, kanak-kanak terbabit masih kritikal, dirawat di
Unit Jagaan Rapi Kanak-Kanak (PICU) dan masih tidak sedarkan diri.
“Kanak-kanak itu turut mengalami luka koyakan pada
pergelangan tangan kanan serta kesan luka di muka, kedua-dua anggota tangan dan
kaki.
“Ibunya turut cedera di bahagian kepala dan patah
tulang tangan kanan iaitu antara siku dan pergelangan tangan namun sedar dan
stabil,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dr Norhizan berkata, bapa kanak-kanak itu hanya cedera,
sedar dan stabil namun dimasukkan ke wad untuk pemerhatian lanjut.
“Sementara Faizal Baharom, 36, pula sedar, stabil,
patah dan retak pada tulang di bahagian muka,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel