Categories: Berita Lain

KISAH MERDEKA: KISAH SEORANG DOKTOR MENJADI PM YANG BERJAYA

Foto: Getty Images



PUTRAJAYA: Tanggal 31 Ogos 1957, ribuan memenuhi Stadium Merdeka untuk menyaksikan pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.


Tetapi 400km dari Stadium Merdeka, kemerdekaan disambut secara lebih sederhana di pekan lengang Alor Setar, Kedah.

Seorang doktor muda menolak kereta sorong yang membawa bayi perempuan pertamanya, Marina, sambil bersiar-siar di pekan ketika Abdul Rahman melaungkan “Merdeka, Merdeka, Merdeka”.

Kerajaan Kedah waktu itu kekurangan wang untuk menyambut acara bersejarah itu, sekadar menghiasi pekan dengan bendera dan panji-panji setakat termampu.

Hari itu amat bermakna buat semua termasuklah doktor muda ini yang ketika itu berusia 32 tahun.

Walaupun berasa sangat gembira, doktor itu, Dr Mahathir Mohamad, masih belum memahami erti kemerdekaan, apatah lagi menduga beliau sendiri akan menjadi perdana menteri 3 dekad selepas itu.

Ini kerana walaupun semasa negara memperjuangkan kemerdekaan, ramai termasuklah Dr Mahathir, “tidak yakin” negara ini akan ditadbir dengan baik.

Dr Mahathir, kini 92 tahun, bercakap dengan FMT dalam satu temu bual eksklusif sempena sambutan Merdeka ke-60.

Usia banyak mengubah fizikal Dr Mahathir sejak hari bersejarah di Alor Setar 60 tahun lalu. Rambutnya memutih, kebijaksanaan dan pengalamannya terserlah.

Tetapi matlamat membawa semula kegemilangan kepada negara, dengan menggantikan kerajaan Barisan Nasional dengan kerajaan gabungan baharu, menyalakan semangatnya seperti anak muda.

Semasa berkongsi dengan FMT tentang kehidupan sebelum kemerdekaan, ianya jelas mengapa beliau memilih kehidupan kelam-kabut seorang ahli politik daripada bersenang-lenang seperti seorang pesara.

Hidup hina diinjak British

Dr Mahathir membesar sewaktu idea kemerdekaan Tanah Melayu bukan sahaja tidak dapat dibayangkan, tetapi terlarang.

“Kami tidak dibenarkan terlibat dalam politik waktu itu. Politik terbatas kepada pemerintah dan beberapa elitis dalam kerajaan.
“Ianya sangat menjatuhkan maruah…dan negara langsung tidak maju. Jika ada pun jalan dibina, jalan itu dibina hanya untuk membawa hasil dari estet dan lombong British untuk aktiviti eksport mereka.

“Jadi kita seperti hidup dalam negara milik British, tanpa sebarang taraf langsung.”
Hidup sebagai seorang Melayu lebih teruk, katanya.

Pengalamannya sendiri dilihat sebagai tidak berkebolehan dan diketepikan hanya kerana warna kulit mungkin menjelaskan mengapa beliau membaktikan hampir seluruh hidupnya memperjuangkan hak kaum itu, lalu digelar “ultra Melayu”.

“British menganggap orang Melayu malas dan tidak layak melakukan apa-apa, tidak layak langsung memerintah negara.

“Jadi sesetengah orang Melayu diupah sebagai kakitangan awam bawahan. Selain itu, kamu sama ada penanam padi atau nelayan.

“Kedai di pekan kebanyakannya milik orang Cina dan India Muslim. Tiada kedai milik orang Melayu di pekan.

“Kita dianggap pribumi yang terkebelakang, tidak berpendidikan dan miskin. Kita semua hidup di kampung. Hanya sesetengah mampu hidup di pekan dan bekerja untuk kerajaan sebagai kerani.”

Semuanya mula berubah pada 31 Ogos 1957.

Rakyat Tanah Melayu bukan lagi orang asing di tanah sendiri. Terlahir rasa bangga dan seronok dengan hakikat mereka akhirnya berpeluang membina negara yang diimpikan selama ini.

Malaysia hari ini menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60.

Ivy Chong turut menyumbang kepada artikel ini.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

19 hours ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

2 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

2 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

3 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

3 days ago

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang… Read More

4 days ago