Connect with us

Berita Lain

PM LANCAR FESTIVAL SENI ANTARABANGSA KLIAF2017


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
melancarkan Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur ketiga (KLIAF2017) di NU
Sentral di sini, hari ini.
Festival yang berlangsung sepanjang bulan September ini akan
menampilkan lebih 50 persembahan daripada penggiat seni tempatan, serantau dan
antarabangsa yang akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur.
Yang turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua
Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab.
Kehadiran Perdana Menteri dan tetamu kehormat disambut
dengan persembahan kumpulan Deafbeat yang meraikan ulang tahun ke-10
penubuhannya, tahun ini.
Majlis perasmian turut diceriakan dengan persembahan
kebudayaan dan kesenian Main Zapin oleh kumpulan tarian dari Akademi Seni
Kebangsaan (ASWARA).
Pengarah Festival, Datin Sunita Rajakumar, berkata, program
itu bertujuan memupuk kepelbagaian dalam meraikan seni dalam kalangan
masyarakat tempatan dan luar negara.
“Menjadi harapan saya bahawa program yang disusun tidak
hanya membawa kepada hiburan tetapi memberi inspirasi dan mengeratkan hubungan
antara mereka yang hadir,” katanya.
Konsert Ulang Tahun ke-50 Panggung Anniversari adalah satu
persembahan muzik yang menjadi acara kemuncak festival kali ini dan akan
diadakan secara terbuka di Taman Botani Perdana.
Konsert akan menampilkan artis tempatan dan negara serantau
yang akan diiringi instrumen penuh oleh Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL). – Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel