Categories: Berita Lain

ROGOL, CABUL, BOMOH INDONESIA DIHADAP KE MAHKAMAH



SIBU: Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah
Seksyen dan Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan merogol dan
mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah rumah di Sibujaya, pada 21 Ogos
lalu.

Tertuduh Marhaji Madjin, 29, yang mengaku sebagai bomoh
didakwa mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun di sebuah rumah
antara jam 11 malam hingga 11.59 malam.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap
pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret Saiful Sayoti, membenarkan suspek dibebaskan
dengan ikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin warga Malaysia manakala
pasportnya ditahan serta diarah melaporkan diri di balai terdekat setiap
minggu.
Bagi dua lagi pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim
Mahkamah Sesyen, Caroline Bee Majanil, tertuduh didakwa merogol dan memasukkan
jari ke kemaluan mangsa yang sama.
Bagi pertuduhan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen
376(2)(F) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan
sebatan manakala bagi kesalahan seksual memasukkan jari ke kemaluan, dia
didakwa mengikut seksyen 377CA Kanun Keseksaan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah
terhadap kedua-dua tuduhan itu dan hakim membenarkan dia diikat jamin RM8,000
dengan seorang penjamin warga Malaysia dan melaporkan diri sekali setiap bulan
di balai polis sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 19 September
ini.
Menurut laporan BH Online lagi, difahamkan, ibu mangsa membawanya berjumpa tertuduh yang
mengaku bomoh untuk mendapatkan rawatan bagi sakit perut.
Tertuduh bagaimanapun dikatakan mengambil kesempatan dengan
mencabul dan merogol mangsa ketika ‘rawatan’ sedang dijalankan.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

4 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago