Connect with us

Berita Lain

BAPA SEBAK AMBIL SIJIL, ANAK SUDAH TIADA


PUTRAJAYA: Ia satu pengalaman bercampur baur bagi Fauzi
Nazir, 56, ketika berjalan naik ke atas pentas untuk mengambil skrol anak
lelakinya pada majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan
(ILKBS).

Menurut laporan mstar online, ahli perniagaan itu beratur bersama-sama dengan graduan muda
yang lain tetapi dia melakukannya untuk anak lelakinya, Mohd Amirul Izuan yang
meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Jun lalu.

“Saya amat berbangga tetapi pada masa sama sedih. Anak
lelaki saya seorang yang rajin berusaha dan dia berjaya memperolehi CGPA 3.75. 
“Malangnya, dia tiada di sini hari ini untuk menerima
sijil tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik.

“Namun saya hadir untuk mengambil skrol itu dengan rasa
bangga,” kata Fauzi.
Mohd Amirul, 21, maut selepas motosikal yang ditungganginya
dirempuh sebuah kereta ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas
berhari raya di rumah rakannya.

Insiden itu berlaku di Sungai Besar, Selangor. Dia merupakan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Seri Iskandar.

“Anak saya mahu mengikuti pengajian peringkat diploma
selepas ini. Sementara menunggu untuk melanjutkan pengajiannya, dia bekerja
sambilan di syarikat pembuatan pintu kayu tempat saya bekerja di Johor,”
kata Fauzi.

Fauzi berkata dia menggalakkan anaknya untuk mengambil
kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kerana merasakan ia
menyediakan prospek pekerjaan yang lebih baik.

“Seorang lagi anak lelaki saya turut belajar di IKBN
dan mengikuti pengajian kejuruteraan automotif. Bagi saya, bukan sahaja prospek
pekerjaan yang bagus, belajar di IKBN juga berpatutan kerana tiada yuran dan
elaun turut disediakan,” katanya.
Majlis konvokesyen selama dua hari itu diadakan di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan,
Khairy Jamaluddin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel