Connect with us

Berita Lain

BUAH MATA KUCING TERAKHIR AINA


KANAK-KANAK perempuan maut selepas tercekik biji buah mata
kucing di rumahnya di Kuarters Klinik Cure & Care Kandis di Bachok, malam
tadi.
Dalam kejadian 7 malam itu, Nor Aina Fariha Mohd Fadzil, 7,
meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bachok.


Bapa mangsa, Mohd Fadzil Mohamad, 36, berkata, sebelum
kejadian dia bersama isteri, Siti Rugayah Ismail, 38, dan tiga anaknya sedang
makan buah itu yang dibelinya di tepi jalan.
Katanya, bagaimanapun ketika dia sedang bersiap untuk solat
Maghrib, anak kedua daripada tiga beradik itu itu meminta untuk makan buah
berkenaan, lapor harian metro lagi.
“Saya beritahunya dia sudah makan banyak, namun dia
tetap meminta untuk makan sebiji lagi sebelum saya memberinya makan.
“Tidak lama kemudian Aina datang dengan suara
tersekat-sekat memberitahu dia tercekik biji buah berkenaan. Saya cuba pelbagai
cara untuk keluarkan biji buah namun tak berjaya sebelum bergegas ke Klinik
Kesihatan Bachok.
“Dalam perjalanan, saya melihat keadaan anak semakin
lemah dan apabila tiba, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal
dunia,” katanya di Tanah Perkuburan Islam Tok Jawa, Teratak Pulai, hari
ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi
Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima
laporan berhubung kejadian.

Katanya, punca kematian disahkan doktor akibat tercekik.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel