Connect with us

Berita Lain

BUAYA 300 KILOGRAM BERJAYA DITANGKAP HIDUP-HIDUP


MIRI: Seekor buaya seberat 300 kilogram (kg) dengan panjang
berukuran 18 kaki ditangkap hidup-hidup oleh penduduk Kampung Labau Sibuti di
utara Sarawak.

Haiwan reptilia itu ditemui di tebing sungai perkampungan
tersebut yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandaraya Miri.

Dengan bantuan kakitangan Perbadanan Perhutanan Sarawak
(SFC), mereka berjaya menangkap buaya itu sebelum dihantar ke sebuah taman buaya
pada petang Sabtu.

Kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Miri dimaklumkan SFC
mengenai perkara itu dan mereka menghantar sebuah lori tiga tan untuk membawa
buaya terbabit.

“Kakitangan SFC meminta Jabatan Pertahanan Awam Miri
untuk membantu mengangkut buaya itu ke Taman Buaya Kuala Baram.

“Sebaik tiba di lokasi, buaya itu sudah ditangkap dan
diikat penduduk kampung dengan bantuan kakitangan SFC,” kata ketua jabatan
itu, Mohd Hazle Abdul Hamid.

Ia antara buaya gergasi pernah ditangkap penduduk kampung di
daerah Miri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel