Connect with us

Berita Lain

DAHULUI KEPENTINGAN RAKYAT ISI KEMERDEKAAN – PM


KUALA LUMPUR 30 Ogos – Tiada hadiah yang lebih
istimewa kepada rakyat, sebagai pengisian sebenar sebuah kemerdekaan, melainkan
menjadi kerajaan yang mampu menyampai serta melaksana janji-janji yang dibuat
untuk kepentingan rakyat dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Perdana Menteri berkata, pentadbirannya tidak mahu
membuang masa untuk terjebak dan melayan tohmahan, sebaliknya komited dan
bertekad menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan ekonomi
demi maslahah rakyat terbanyak.

“Kisah kemerdekaan Malaysia terus diisi dengan
pelbagai kejayaan dan pencapaian yang disegani oleh kawan dan lawan,” katanya
dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2017.

 Malaysia, katanya, kini dirujuk ramai sebagai
negara yang sedang maju membangun, berteraskan pendirian yang amat jelas dalam
hal-hal seperti menolak ideologi dan fahaman melampau, khususnya dalam
membanteras ancaman Daesh.
“(Raja Arab Saudi) Raja Salman Abdulaziz Al-Saud
telah berkenan untuk memilih Malaysia sebagai Pusat Keamanan Antarabangsa,”
kata Najib. – Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel