Connect with us

Berita Lain

DAKWA JADI MANGSA, PENGASAS PRODUK KECANTIKAN NAFI PALSUKAN DOKUMEN


SHAH ALAM – Syarikat milik Bumiputera, Ilanicious Health and
Beauty yang memasarkan produk kesuburan hormon krim progesteron menafikan
dakwaan berhubung pemalsuan dokumen daripada Kementerian Kesihatan.
Menjelaskan kedudukan sebenar, pengasasnya, Wan Nur Ilani
Wahed berkata, ada pihak memalsukan dokumen kelulusan dikeluarkan Kementerian
Kesihatan.
Menurutnya, polis sedang menyiasat kes berkenaan.
“Sejak mula dipasarkan awal tahun lalu, Ilanicious
Health & Beauty telah mendaftar produk untuk kelulusan kementerian dan
dimaklumkan pihak terbabit, pendaftaran proses produk sekali dengan pendaftaran
kementerian, dalam kelas NOT dan bukan MAL.
“Kami telah bayar sejumlah tertentu kepada mereka, dan
dimaklumkan produk itu telah didaftarkan Kementerian Kesihatan. Pihak mereka
akan mengeluarkan dokumen pengelasan dan pendaftaran sebagai bukti telah
menyempurnakan tugas tersebut.
“Setelah berkali-kali minta maklum balas mengenai
pendaftaran itu, akhirnya pada 31 Julai lalu, kami terima dokumen pengelasan
melalui emel dan menyiarkan di media sosial sebagai hebahan produk kami telah
berdaftar dengan Kementerian Kesihatan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, pada 4 Ogos lalu, didapati dokumen
pengelasan itu palsu.
“Kementerian Kesihatan telah membuat laporan polis ke
atas pemalsuan dokumen tersebut, begitu juga kami.
“Orang ramai menyangka kami jual produk tak berdaftar
dengan sengaja, walhal saya sendiri teraniaya dan kini dalam proses pendaftaran
semula dengan kementerian,” katanya.
Menurutnya, sebelum produk itu dipasarkan, pihak syarikat
terlebih dahulu membuat ujian makmal beberapa kali bersama makmal berdaftar
dengan kementerian.
“Keputusan ujian mengesahkan produk kami selamat
daripada sebarang bahan beracun dan berbahaya serta mematuhi garis panduan
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan.
“Pendekatan diambil adalah inisiatif sendiri bagi
syarikat usia penubuhannya bawah setahun. Kami dimaklumkan syarikat bawah
setahun tidak diwajibkan daftar,” katanya.
Selain krim progesteron, syarikat itu juga menjual produk
kurus, kecantikan dan senaman. Krim itu juga turut dieksport ke Brunei,
Singapura dan Indonesia.

“Kami juga dalam proses mengemukakan saman malu
terhadap beberapa individu dan Facebook pages yang memfitnah serta mengaibkan
kami,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel