Connect with us

Berita Lain

‘DATUK KABI’ DIDAPATI BERSALAH, DIPENJARA 3 TAHUN, SEBAT, DENDA

Foto: Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini,
menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, dua kali sebat denda RM10,000 terhadap
ahli perniagaan dikenali ‘Datuk Kabi’, selepas didapati bersalah menipu
membabitkan urusan jual beli kereta berjumlah RM85,000, tiga tahun lalu.
Majistret Rahni Kartini Abd Rahim, membuat keputusan itu
terhadap tertuduh, C Kamaleshwaran, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal
menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan
hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam K
Thiru, supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin dan menangguhkan hukuman
penjara dan sebat, sementara menunggu rayuan serta menaikkan jumlah jaminan
RM3,000 kepada RM8,000.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Kamaleshwaran didakwa menipu
Noor Azman Saat, 50, dalam urusan jual beli kereta Mercedes Benz E200K, nombor
pendaftaran JMN880, dengan membayar sekeping cek bernilai RM85,000 yang tidak
dapat ditunaikan.
Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan kereta miliknya
kepada tertuduh di Villa Seren Kiara 6, Sri Hartamas, di sini, pada 25 hingga
29 Oktober 2014.

Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit
kesalahan.


Sumber: BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel